[DIBONGKARKAN!]
5 WEBSITE PALING MURAH UNTUK SHOPPING PADA TAHUN 2020!
(Website no 2 dan 1 mesti ramai yang masih belum tahu!)
Tahukah anda, rakyat Malaysia tersenarai antara kuasa membeli melalui platform Online yang terbesar di dunia? Wow biar betul? Sebenarnya rakyat Malaysia merupakan penyumbang terbesar jualan setiap tahun bagi Shopee dan Lazada.
Tapi masih ramai lagi yang tidak tahu ada lagi website yang menawarkan harga murah untuk shopping selain Lazada dan Shopee.
Teruskan baca untuk tahu lebih lnjut 5 WEBSITE SHOPPING PALING MURAH!
5. LAZADA

Tak perlu dijelaskan lagi tentang Lazada kerana saya yakin korang semua dah tahu tentang Lazada dan mesti dah kerap shopping di Lazada kan?
Okey, meh saya bagitahu kenapa saya pilih Lazada antara 5 Website Shopping Paling Murah untuk tahun 2020.
- Banyak Pilihan Barang
Di Lazada semestinya punya banyak pilihan barang untuk dibeli contohnya narangan Dapur,elektronik,fashion,kesihatan,gadget dan banyak lagi!
- Traffik Tinggi
Jumlah Traffic Bulanan (Mac 2019) : 24.68 juta
Ini adalah jumlah pengunjung yang melawati Lazadapada bulan 3 2019. Wow hampir 3/4 rakyat Malaysia mengunjungi Lazada.
- Banyak Promosi dan Voucer Percuma!
Kalau korang perasan,Lazada tidak ketinggalan untuk turut buat promosi sempena hari hari tertentu seperti 11.11 , Hari Kemerdekaan dan 12.12 dengan memberikan diskaun dan voucer kepada semua pengguna Lazada.
- Sistem Mesra Pengguna
Sistem website e commerce yang digunakan oleh Lazada sangatlah friendly user dan mudah untuk kita berurusan semasa shopping di Lazada.
Kesimpulan Keseluruhan:
Harga : 8/10
Sistem : 9/10
Penghantaran : 7.5/10 (Ikut courier)
Kualiti Paparan : 9/10
Aplikasi Android/IOS : 9/10
Khidmat Pelanggan : 8/10
4. SHOPEE

Shopee ? Rugi dan teramat rugi sebenarnya kalau ada yang masih tak tahu tentang Shopee.Rugi weh! Kenapa saya cakap macam tu? sebab ni la website shopping yang paaaaaling digemari oleh rakyat Marhaen untuk membeli belah secara online.Boleh dikatakan dengan kemunculan Shopee selepas Lazada sedikit sebanyak menggusarkan Lazada. Nak tahu kenapa? Mari saya jelaskan..
- Banyak Pilihan Barang Yang Murah!
Apa beza Shopee dan Lazada? Kalau korang bandingkan harga antara dua website ni, memang Shopee akan Win! Di Shopee lagi murah beb! Pilihan barang? Lebih banyak berbanding Lazada kerana terdapat seller daripada luar negara yang membawa masuk barang-barang yang terkini dan viral.
- Traffik Tinggi
Jumlah Traffic Bulanan Jun 2019: 21.05 juta
Saya tahu kenapa traffik di Shopee lebih rendah berbanding di Lazada. Jawapannya adalah website agak berat dan agak serabut.
- Banyak Promosi dan Shipping Percuma!
Promosi sama juga seperti Lazada, Shopee juga akan ada promo jika datangnya tarikh-tarikh tertentu seperti 11.11 dan 12.12. Tapi yang bestnya Shopee ialah SHIPPING FREE! Mana nak dapat?
- Sistem Mesra Pengguna
Sistem website e commerce yang digunakan oleh Shopee agak baik tapi tidak sebaik Lazada.Ini pendapat saya ye.
Website/Aplikasi yang agak berat dan serabut dari segi susunan button.
Kesimpulan Keseluruhan:
Harga : 9.5/10
Sistem : 7/10
Penghantaran : 7.5/10 (Ikut courier)
Kualiti Paparan : 7/10
Aplikasi Android/IOS : 7/10
Khidmat Pelanggan : 8/10
3. PINDUODUO

Haaa? Korang terkejut? Ni website ape ni? Siap ada tulisan cina lagi ni..
Okey semua relax, saya nak memperkenalkan kepada semua ini adalah Website lubuk barang barang branded dan trending yang murah murah!
Website ni sebenarnya base di China dan website ni antara website beli belah dengan harga yang tak masuk akal punya murah yang paling POPULAR di China.
Orang Malaysia boleh beli ke di website ni? Mestilah boleh sebab tu saya masukkan dalam list. Hehehe
Kalau di Lazada dan Shopee korang rasa dah murah, percaya cakap saya di website ni untuk barang yang sama 2x ganda lebih murah!
Tapi tapi tapi! Nak beli disini agak leceh sebab apa? Sebab untuk buat pembelian kita perlu contact seller menggunakan Wechat.
Kesimpulan Keseluruhan:
Harga : 9.7/10
Sistem : 8/10
Penghantaran : 7/10 (Ikut courier)
Kualiti Paparan : 8/10
Aplikasi Android/IOS : 7.5/10
2. TAOBAO

Ini dia dulu kini dan selamanya! Website kegemaran para online seller dan kaki shopping yang nak beli barang-barang branded/original dengan harga yang murah dan paling best beli menggunakan watawang YUAN.
1 yuan = RM0.60
Amacam? Dan kalau korang nak tahu harga di Taobao 3 kali lebih murah daripada market di Malaysia termasuk Lazada dan Shopee.
Fuhhh.
Susah tak nak beli di sini?
Tak susah kalau korang ada ilmu nak beli di sini. Kena ada ilmu baru boleh beli disini tau sbb website ni guna Bahasa China.
Tapi kalau korang tahu cara nak beli di sini memang best giler beb!
Kesimpulan Keseluruhan:
Harga : 9.7/10
Sistem : 9/10
Penghantaran : 7/10 (Ikut courier)
Kualiti Paparan : 9/10
Aplikasi Android/IOS : 7.5/10
1. 1688

Jujur saya cakap, siapa yang tahu membeli belah disini korang adalah Champion! sebab apa?
Korang bukan sahaja boleh beli barang yang murah murah tapi korang boleh buat bisnes untuk tambah income korang.
Kenapa saya cakap boleh tambah income korang? Website 1688 ni merupakan satu website shopping yang menawarkan harga borong yang diciptakan khas untuk rakyat China. Totally website ni menggunakan bahasa China dan pembayaran juga menggunakan bank China.
Apa yang membuatkan saya cakap beli di 1688 boleh tambah income ialah harga barang-barang yang ada disini boleh kata 98% 5-6 kali ganda murah berbanding Lazada,Shopee dan market China.
Banyak ke barang yang dijual? Lebih 100 juta barang yang dijual dalam website ni. Tak percaya? Tengok la sendiri.
Orang Malaysia nak beli di website ni mcm mna? Website ni korang perlu belajar, tak kisahlah dengan sesiapa yang penting belajar dengan orang yang pernah beli disini. Tiada tutortial di Youtube mahupun di Google tau. Tapi kalau korang belajar shopping disini, korang takkan menyesal!
Kenapa tak menyesal? Sebab kalau korang nak tahu, ni lah lubuk IG Shop, Mr.Diy,seller Shopee dan Lazada (Opss terbongkar rahsia pulak) dan online seller ambil stock! Dan dan dannnn semua barang yang ada di Shopee dan Lazada pasti ada dalam website ni dengan harga yang jauh lebih murah.
Kenapa? Seller di Lazada dan Shopee pun ambil stock di 1688.
Bukan Biase Biase!
Kesimpulan Keseluruhan:
Harga : 10/10
Sistem : 9/10
Penghantaran : 8/10 (Ikut courier)
Kualiti Paparan : 9/10
Aplikasi Android/IOS : 8/10
PERHATIAN!
KALAU KORANG NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG TAOBAO,1688 DAN LEBIH LAGI TENTANG ILMU BORONG CHINA..
Korang wajib klik link dibawah..
Saya yakin korang pasti akan TERUJA dan TAK SABAR SABAR nak belajar!
Klik je sini ye :